Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Setiap Saat Adalah Rezeki Pesara Polis Jana Pendapatan Jual Lukisan

Published: 23 Nov 2020 1.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Rembau, 23 November 2020 - Siapa sangka di sebalik cerita duka COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, seorang pesara polis berpangkat sarjan yang telah lebih lima tahun meninggalkan bidang seni lukis kembali berkarya tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-setiap-saat-adalah-rezeki-pesara-polis-jana-pendapatan-jual-lukisan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT

Rembau, 23 November 2020 - Siapa sangka di sebalik cerita duka COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, seorang pesara polis berpangkat sarjan yang telah lebih lima tahun meninggalkan bidang seni lukis kembali berkarya tahun ini.

Sarjan (Bersara) Muhamad Ismail, 57 tahun, berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu, dia mencari kembali peralatan melukis yang disimpan rapi pada 2015 selepas beralih kepada bidang ukiran kraftangan.

“Saya berhenti seketika melukis pada 2010, namun lima tahun kemudian saya aktif semula tetapi hanya sempat menyiapkan 10 lukisan.

“Selepas itu saya simpan kembali peralatan (melukis) itu,” katanya ketika ditemui di Gerai Majlis Daerah Rembau (MDR), Taman Bunga Raya di sini semalam.

Menurut Sarjan (Bersara) Muhamad, dia bukan merajuk, namun untuk menghasilkan lukisan memerlukan displin yang tinggi selain tumpuan terutamanya semasa menggunakan cat air.

Jelas lelaki itu, segalanya berubah pada awal pelaksanaan PKP pada Mac lalu selepas kerajaan mengehadkan pergerakan merentas daerah.

"Bila sukar untuk mencari bahan bagi kerja-kerja ukiran kraftangan, saya mula mendapat ilham untuk kembali melukis.

"Lukisan pertama yang saya hasilkan adalah buah ciku di hadapan rumah kakak ipar saya," katanya yang sudah menghasilkan kira-kira 40 buah lukisan dalam tempoh lapan bulan.

Antara lukisan yang dihasilkan adalah gambar ikan, telur dan jantung pisang.

Sarjan (Bersara) Muhamad berkata, dia sudah terbiasa bekerja dan tidak pernah duduk diam. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk melukis bagi mengisi masa lapang.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Sarjan (Bersara) Muhamad dan semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo berikut.

Sumber: Kosmo Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person
ArticlePublished 23 Nov 2020 1.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM