
Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Polis Perak Tumpas Sindiket Macau Scam
Ipoh, 4 November 2020 - Polis Perak menumpaskan satu sindiket Macau Scam yang terbabit dalam 76 kes penipuan sejak dua tahun lalu dengan kerugian RM11 juta, dalam serbuan di sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Datuk Goh Boon Keng berkata, lebih membanggakan, kumpulan yang berjaya ditumpaskan dalam serbuan jam 5 petang Jumaat lalu itu, adalah yang pertama membabitkan sindiket berpangkalan di Malaysia dan menjadikan rakyat tempatan sebagai mangsa.
"Polis percaya sindiket sebelum ini melakukan penipuan di negara luar tetapi balik ke Malaysia disebabkan COVID-19 dan oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka tidak boleh ke luar negara.
"Ini kali pertama polis menumpaskan Macau Scam yang mempunyai pusat panggilan di Malaysia dan menipu mangsa di negara ini.
"Sebelum ini, mereka mempunyai pusat panggilan di Malaysia, tetapi menyasarkan mangsa di luar negara atau sebaliknya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Perak. di sini, semalam.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN