Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Rupa Rupanya Pengedar Dadah

Published: 09 Aug 2020 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 9 Ogos 2020 - Penjenayah nekad merempuh kenderaan polis untuk melepaskan diri daripada ditahan di Sunway Mentari di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-rupa-rupanya-pengedar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:15 MYT

Petaling Jaya, 9 Ogos 2020 - Penjenayah nekad merempuh kenderaan polis untuk melepaskan diri daripada ditahan di Sunway Mentari di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 21 tahun ditahan untuk pemeriksaan kerana memandu dalam kcadaan mencurigakan.

"Ketika cuba diperiksa, lelaki berkenaan mengundurkan kereta dan merempuh kenderaan polis.

"Melihat tindakan suspek yang begitu agresif polis kemudian melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta dinaiki suspek," katanya.

Tuan Nik Ezanee berkata, ketika proses tangkapan, suspek sekali lagi bertindakan agresif dan berlaku pergelutan antara suspek dan polis sebelum ditahan.

"Pemeriksaan di dalam kenderaan menemui beg silang yang mengandungi 20 peket dadah jenis heroin seberat 20 gram.

"Susulan tangkapan suspek, polis kemudian membuat serbuan jam 5 petang di rumah di Jalan USJ 13/5E di Subang Jaya dan menahan seorang lelaki berusia 26 tahun," katanya.

Menurutnya, polis juga menemui dadah jenis syabu seberat 140 gram, daun ganja kering, pil ekstasi dan heroin bernilai RM48,480.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'daripada Mentari marin. Ketua Daerah Asisten Ezanee berkata, dalam Rupa-rupanya pengedar dadah Petaling Penjen
ArticlePublished 09 Aug 2020 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM