Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkpp Dilanjutkan Sehingga 31 Mac 2021

Published: 02 Jan 2021 1.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Januari 2021 - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara, kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dilanjutkan hingga 31 Mac depan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkpp-dilanjutkan-sehingga-31-mac-2021
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:02 MYT

Kuala Lumpur, 2 Januari 2021 - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara, kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dilanjutkan hingga 31 Mac depan.

PKPP yang dikuatkuasakan di seluruh negara sebelum ini, sepatutnya tamat kelmarin.
Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguatkuasaan perintah baharu PKPP berkenaan, sudah diwartakan menerusi Warta Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, tindakan itu diambil hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati peningkatan ketara kes COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di seluruh negara.

"Peningkatan kes disumbang beberapa sebab, termasuk pelaksanaan saringan wajib terhadap pekerja warga asing secara besar-besaran di beberapa negeri tumpuan.
"Selain itu, ia berpunca daripada berlakunya penularan jangkitan dalam kortiuniti yang dikesan terutama di Lembah Klang dan beberapa negeri lain.

"Sehubungan itu, semua prosedur operasi standard (SOP) di bawah PKPP adalah terpakai bagi tempoh kuat kuasa diwartakan dan tertakluk kepada perubahan akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'PKPP dilanjutkan hingga 31 Mac Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan kerajaan di selu

Image may contain: 1 person, text that says 'Penularan COVID-19 PKPP dilanjut hingga 31 Mac OFFIC WELCOMEB 'GL Orang ramai diminta terus patuhi SOP am

ArticlePublished 02 Jan 2021 1.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM