Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Naik Taraf Sistem C4i Tingkat Kecekapan

Published: 23 Jul 2020 4.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 Julai 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menaik taraf sistem Integrasi, Komputer, Komunikasi, Kawalan dan Arahan (C4i) bagi meningkatkan kecekapan anggotanya menangani kes jenayah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-naik-taraf-sistem-c4i-tingkat-kecekapan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:30 MYT

Kuala Lumpur, 23 Julai 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menaik taraf sistem Integrasi, Komputer, Komunikasi, Kawalan dan Arahan (C4i) bagi meningkatkan kecekapan anggotanya menangani kes jenayah.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman berkata, menerusi sistem itu, keselamatan awam dapat dipantau menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bersepadu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pusat kawalan.

"Sistem ini dilengkapi teknologi kepintaran buatan (AI). Ia membolehkan sistem itu membuat pengecaman muka individu secara lebih jelas.

"Kita dapat mengenal pasti jika individu itu adalah penjenayah mengikut pangkalan data polis sedia ada," katanya pada sidang media, di Bukit Aman, di sini, semalam.

Dato’ Sri Rosli turut mengesahkan sistem C4i ini sudah digunakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor namun tidak dihebahkan kepada umum.

Beliau turut berkata, polis dalam proses menukar Sistem Laporan Polis (PRS) kepada Sistem Laporan Polis Bersepadu (iPRS) yang berkonsep teknologi hijau dan perisian terkini.

"Ia bertujuan untuk analisa maklumat serta penambahan integrasi antara sistem dalaman polis dan agensi luar.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person
ArticlePublished 23 Jul 2020 4.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM