Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Patah Balik Jika Alasan Tak Kukuh Kp Kelantan

Published: 10 Nov 2020 3.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 10 November 2020 - Bawa surat atau patah balik. Itu pesan Ketua Polis Kelantan, DCP Tuan Shafien Mamat kepada mereka yang pulang ke Kelantan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-patah-balik-jika-alasan-tak-kukuh-kp-kelantan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:27 MYT

Kota Bharu, 10 November 2020 - Bawa surat atau patah balik. Itu pesan Ketua Polis Kelantan, DCP Tuan Shafien Mamat kepada mereka yang pulang ke Kelantan.

Menurutnya, individu yang mempunyai kelulusan perjalanan iaitu surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditapis selain perlu menjalani swab test Covid-19 di lokasi sekatan jalan raya (SJR) bagi memastikan mereka bebas daripada wabak itu.

"Bagi individu yang mengemukakan alasan tidak kukuh dan tidak munasabah serta tidak mempunyai surat kebenaran, pihak kami akan mengarahkan mereka untuk pulang namun bagi hal-hal kebajikan ia diutamakan, tetapi janganlah beri alasan palsu atau karut.

"SJR yang diadakan ini beroperasi 24 jam dengan bilangan anggota polis yang ditempatkan di setiap lokasi adalah seramai tujuh orang dan pada masa sama kita memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia untuk bersama-sama dalam tugasan ini," katanya.

Beliau berkata terdapat tiga SJR yang diadakan di tiga sempadan negeri iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli, berkuat kuasa tengah malam, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

#STAYHOME #BESAFE #PRAY4MALAYSIA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.

ArticlePublished 10 Nov 2020 3.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM