Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Op Covid 19 Tindakan Tegas Kelab Hiburan Langgar Sop

Published: 30 Jul 2020 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 30 Julai 2020 - Polis tidak akan 'memberi muka' terhadap kelab dan premis hiburan yang 'degil' meneruskan operasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-op-covid-19-tindakan-tegas-kelab-hiburan-langgar-sop
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:36 MYT

Kuala Lumpur, 30 Julai 2020 - Polis tidak akan 'memberi muka' terhadap kelab dan premis hiburan yang 'degil' meneruskan operasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, berkata kelab dan premis hiburan akan dikenakan tindakan tegas jika didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, ia termasuk mendakwa segala kesalahan yang dilakukan penganjur kelab hiburan bersama pengunjungnya.

"Kita lihat ramai yang melanggar PKPP dan memandang ringan perkara ini sehingga ada kelab hiburan dibuka dan memberi kebenaran lebih 300 orang masuk.

"Kita sudah membuka siasatan terhadap premis yang didakwa 'kelab kayangan' dan akan mengambil tindakan apa sahaja kesalahan yang boleh disabitkan termasuk berkaitan kes dadah." katanya selepas perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, pagi semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 3 people, indoor, text that says 'Tindakan tegas kelab hiburan langgar SOP Polis tak 'beri muka' premis degil terus operasi ke
ArticlePublished 30 Jul 2020 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM