Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Op Covid 19 Ramai Ingkar Pakai Pelitup Muka Penjarakan Fizikal

Published: 07 Sep 2020 2.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 7 September 2020 - Tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan gagal mematuhi penjarakan fizikal menjadi antara kesalahan yang masih banyak dikesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-op-covid-19-ramai-ingkar-pakai-pelitup-muka-penjarakan-fizikal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:27 MYT

Kuala Lumpur, 7 September 2020 - Tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan gagal mematuhi penjarakan fizikal menjadi antara kesalahan yang masih banyak dikesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Kelmarin, seramai 131 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) PKPP, membabitkan 112 dikompaun, 17 direman dan dua lagi dijamin.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata kesalahan berkenaan membabitkan tidak memakai pelitup muka (31), gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (20) dan dua kes melanggar perintah kuarantin.

Selain itu, beliau berkata, empat premis beroperasi lebih masa, satu premis beroperasi tanpa lesen perniagaan dan 73 aktiviti membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.

"Ia hasil 60,340 pemeriksaan dilakukan Task Force Operasi Pematuhan diketuai PDRM, semalam (kelmarin).

"Sebanyak 2,829 pasukan pematuhan membabitkan 12,628 anggota membuat pemantauan di 3,897 pasar raya, restoran (5,138), penjaja (1,496), kilang (1,440), bank (3,755) dan pejabat kerajaan (723).

"Sebanyak 1,419 terminal pengangkutan darat, 225 terminal pengangkutan air dan 97 terminal pengangkutan udara turut di pantau," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people
ArticlePublished 07 Sep 2020 2.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM