Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Op Covid 19 Potong Gelang Kuarantin Cabaran Pkpd Kuala Sanglang

Published: 14 Aug 2020 6.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kangar, 14 Ogos 2020 - Perbuatan segelintir penduduk Kuala Sanglang di sini, memotong gelang pink sebelum menyusup keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran itu, disifatkan ancaman baharu kerana mereka bcrpotensi tinggi mencetuskan penularan COV1D-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-op-covid-19-potong-gelang-kuarantin-cabaran-pkpd-kuala-sanglang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:34 MYT

Kangar, 14 Ogos 2020 - Perbuatan segelintir penduduk Kuala Sanglang di sini, memotong gelang pink sebelum menyusup keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran itu, disifatkan ancaman baharu kerana mereka bcrpotensi tinggi mencetuskan penularan COV1D-19.

Ketua Polis Perlis, SAC Dato’ Surina Saad berkata, berkata pihaknya sudah menutup semua lorong tikus sekitar Kampung Kuala Sanglang dan Tanah Timbul, namun masih ada individu menyelinap keluar dari kawasan PKPD itu.

Katanya, keadaan bertambah buruk apabila ada penduduk memotong gelang pink semata-mata bagi mengelak dikenali atau disedari orang ramai ketika ke pekan berdekatan.

"Keadaan geografi dan pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran di Kampung Kuala Sanglang, Perlis ini berbeza dengan kawasan lain, perkara ini kita terpaksa hadapi dan sukar untuk elak.

"Laluan ini (lorong tikus) adalah jalan kecil di belakang rumah penduduk yang sukar dilihat pihak keselamatan ketika melakukan sekatan jalan raya di kawasan terbabit.

"Apabila mereka (pemakai gelang merah jambu) keluar melalui jalan belakang rumah (yang terletak antara sempadan), mereka terus naik motosikal dan pergi ke pekan berdekatan dan lebih teruk ada yang potong gelang bagi mengelak orang awam mengenali mereka," katanya semalam.

Dato’ Surina berkata, perkara terbabit seakan satu ancaman baharu bagi pihaknya memandangkan penduduk yang menyelinap keluar dari kawasan PKPD berpotensi tinggi positif COVID-19.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'BERHENTI PEMERIKSAAN POLIS Lorong tikus, potong kuarantin cabaran polis kawal PKPD Kuala Sanglang Mu
ArticlePublished 14 Aug 2020 6.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM