Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Op Covid 19 Denda Rm1 000 Tak Pakai Pelitup Muka

Published: 24 Jul 2020 2.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 24 Julai 2020 - Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-op-covid-19-denda-rm1-000-tak-pakai-pelitup-muka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:33 MYT

Kuala Lumpur, 24 Julai 2020 - Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.

Mereka yang dikesan gagal mematuhi arahan itu berdepan hukuman denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil berikutan pertambahan kluster jangkitan COVID-19, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Keputusan ini dibuat ketika mesyuarat khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Katanya, pemakaian pelitup muka diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT serta bas dengan orang ramai digalak berbuat demikian mulai sekarang walaupun arahan hanya berkuat kuasa 1 Ogos nanti.

"Dengan arahan terbaru ini, orang ramai juga boleh pakai pelitup muka dijahit sendiri, tetapi perlu mematuhi spesifikasi ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). KKM akan mengeluarkan spesifikasi untuk topeng muka buatan sendiri melalui media massa dan media sosial," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'Denda RM1,000 tak pakai pelitup muka Bagi megekangjan jangkitan COVID- 19, kerajaan embuat keputusan

Image may contain: 3 people
ArticlePublished 24 Jul 2020 2.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM