Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Tangani Kebanjiran Pendatang Tanpa Izin

Diterbitkan: 18 Jun 2020 4.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 Jun 2020 - Penyelesaian menyeluruh isu pendatang tanpa izin (PATI) bukan sahaja kepada usaha mengekang kemasukan di sempadan, malah kebanjiran mereka di dalam negara serta isu kesesakan di depoh tahanan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-tangani-kebanjiran-pendatang-tanpa-izin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:45 MYT

Kuala Lumpur, 18 Jun 2020 - Penyelesaian menyeluruh isu pendatang tanpa izin (PATI) bukan sahaja kepada usaha mengekang kemasukan di sempadan, malah kebanjiran mereka di dalam negara serta isu kesesakan di depoh tahanan.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, Op Benteng dilancarkan bagi menangani kehadiran PATI yang semakin meningkat terutama ketika negara berdepan cabaran pandemik COVID-19.

"Op Benteng bukan sahaja untuk menyekat warga asing masuk ke dalam negara, malah untuk menyekat PATI daripada melakukan jenayah, bebas keluar dan masuk negara kita secara tidak sah.

"Jadi segala yang kita lakukan ini adalah sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat kerana kita boleh menentukan ekonomi domestik bebas daripada perkara yang boleh menyulitkan kita," katanya pada temu bual khas sempena 100 hari menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) di pejabatnya, kelmarin.

Dato’ Seri Hamzah berkata, kebanjiran PATI dapat dilihat apabila jumlah tahanan ketika ini sudah mencecah 15,000 orang walaupun kapasiti di 14 Depoh Tahanan Imigresen seluruh negara hanya mampu menampung 12,530 orang.

Sehubungan itu, beliau berkata Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin mengarahkan kawalan di sempadan terus diperketatkan bagi mengekang cubaan PATI masuk secara haram.

"Insya-Allah saya akan maklumkan beberapa strategi lagi. Kita mahu dari segi keselamatan strategik dilakukan di sempadan bukan hanya di Sabah dan Sarawak, malah di Semenanjung," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Sumber: Berita Harian

StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: outdoor
ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2020 4.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM