
Artikel
Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Rokok Dan Arak Bernilai Rm7 Juta Dirampas
Johor Bahru, 11 Jun 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas minuman keras, rokok seludup serta barang terlarang yang lain di Johor, Negeri Sembil...
Johor Bahru, 11 Jun 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas minuman keras, rokok seludup serta barang terlarang yang lain di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dengan nilai lebih RM7 juta melibatkan 29 kes dari Januari lalu sehingga semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, SAC Tuan Mohd Yusoff Mamat berkata, daripada jumlah itu, 18 kes melibatkan rampasan 271,213 paket rokok pelbagai jenama dengan anggaran rampasan RM5.5 juta.
"Ini juga melibatkan lapan kes rampasan 2,236 tin, 1,511 botol, dua kotak dan 1,819 liter minuman keras pelbagai jenama berniIai RM627,194, katanya pada sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Dua, Tampoi di sini semalam".
Turut hadir Komander PPM Wilayah Dua, ACP Tuan Abdul Rahman Mohamad dan timbalannya, Superintendan Noor Azman Jamal.
Beliau berkata, rampasan aset yang dilakukan pihak PPM Wilayah Dua bagi tempoh tersebut melibatkan 12 buah kenderaan dengan nilai dianggarkan RM881,500. Menurutnya, suspek yang ditahan sepanjang enam bulan pertama itu membabitkan 25 individu terdiri daripada 20 warga tempatan dan lima warga asing.
"Seramai 24 orang ditangkap menerusi Ops Benteng Covid-19 PPM Wilayah Dua Johor dari 1 April lalu hingga semalam (keImarin) dengan kesalahan paling banyak dilakukan dan disiasat adalah di bawah Akta Imigresen 1959/63 diikuti Akta Kastam 1967 (lima) dan Akta Dadah Berbahaya 1952 (empat)", katanya lagi.
Katanya, ini termasuk tiga masing-masing di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Racun 1952 dan Akta Perikanan 1985 selain satu masing-masing di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
"Nilai rampasan keseluruhan Ops Benteng Covid-19 PPM Wilayah Dua Johor bernilai kira-kira RM1.9 juta," katanya lagi.
SAC Tuan Mohd Yusoff berkata, pihaknya akan meningkatkan operasi selepas ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan akan membolehkan penyeludup mengambil kesempatan untuk aktif semula.
Sumber: Sinar Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN