Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Mat Motor Tutup Jalan Dikompaun Rm167 000

Published: 05 Oct 2020 3.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kandang, 5 Oktober 2020 - Tindakan berani 'mat motor' menutup laluan jalan raya utama semata-mata demi menyediakan litar lumba haram di Kandang, dekat sini membawa padah apabila kesemua mereka dikenakan kompaun berjumlah RM167,000 semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-mat-motor-tutup-jalan-dikompaun-rm167-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:33 MYT

Kandang, 5 Oktober 2020 - Tindakan berani 'mat motor' menutup laluan jalan raya utama semata-mata demi menyediakan litar lumba haram di Kandang, dekat sini membawa padah apabila kesemua mereka dikenakan kompaun berjumlah RM167,000 semalam.

Kompaun tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Melaka atas kesalahan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Kandang.

Menurut Ketua JSPT Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya, dalam operasi berlangsung selama tiga jam berakhir pukul 2.30 pagi itu, kesemua yang ditahan berusia dari 15 tahun sehingga 20-an.

"Kesemua 167 penunggang ditahan ketika sedang berkumpul bagi menyaksikan aktiviti haram motosikal yang dipercayai dianjurkan pada setiap malam Sabtu.

"Mereka ini berkumpul dan sengaja menyusun motosikal di persimpangan lampu isyarat Kandang bagi menyediakan laluan untuk membolehkan beberapa motosikal membuat aksi pusingan dalam bulatan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, semalam.

Katanya, daripada 167 individu yang ditahan seramai 75 penunggang juga didapati adalah pelajar sekolah termasuk pelajar Institut Pengajian Tinggi.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text
ArticlePublished 05 Oct 2020 3.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM