Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Baka Klinik Bantu Psikologi Kerohanian Pdrm

Diterbitkan: 05 Oct 2020 6.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Penubuhan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM sejak 2007, membuktikan agensi itu sebuah pasukan yang mementingkan nilai-nilai keagamaan. Ibarat seperti sebuah 'klinik' yang memberi rawatan kepada pesakitnya, BAKA bukan sahaja menjadi rujukan oleh warganya ketika menghadapi pelbagai masalah termasuk disiplin dan tekanan kerja. Lebih daripada itu, peranannya cukup besar dalam menjadi nadi dan tulang belakang dalam memulihkan keyakinan diri warga PDRM menerusi kaunseling dan aktiviti dijalankan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-baka-klinik-bantu-psikologi-kerohanian-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:36 MYT

Tujuannya membina kesahsiahan moral dan pembangunan spiritual berlandaskan agama dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penubuhan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM sejak 2007, membuktikan agensi itu sebuah pasukan yang mementingkan nilai-nilai keagamaan.

Ibarat seperti sebuah 'klinik' yang memberi rawatan kepada pesakitnya, BAKA bukan sahaja menjadi rujukan oleh warganya ketika menghadapi pelbagai masalah termasuk disiplin dan tekanan kerja. Lebih daripada itu, peranannya cukup besar dalam menjadi nadi dan tulang belakang dalam memulihkan keyakinan diri warga PDRM menerusi kaunseling dan aktiviti dijalankan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, SAC Tuan Ghazali Daud berkata, walaupun unit dipeloporinya sejak awal penubuhan BAKA itu tidak membarisi barisan hadapan, namun peranannya tidak kurang hebatnya dalam meningkatkan moral, mental dan daya tahan warga PDRM.

Katanya, sebagai manusia, warga PDRM tidak terlepas daripada sebarang masalah antaranya kegagalan menguruskan kewangan, masalah rumah tangga, penyalahgunaan dadah dan isu peribadi yang akhirnya menyebabkan tekanan kerja.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

ArtikelDiterbitkan 05 Oct 2020 6.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM