Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Makcik Gelang Pink Kena Penjara

Published: 15 Aug 2020 2.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 15 Ogos 2020 - Seorang wanita warga emas yang sebelum ini tular sebagai 'makcik gelang pink' dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas kesalahan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin awal bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-makcik-gelang-pink-kena-penjara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:26 MYT

Ipoh, 15 Ogos 2020 - Seorang wanita warga emas yang sebelum ini tular sebagai 'makcik gelang pink' dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas kesalahan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin awal bulan lalu.

Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Emah Mohamad Hashim, 72, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kesalahan tersebut di sebuah restoran di Lengkok Meru Permai 1, Halaman Meru Permai pada jam 8 pagi, 6 Julai lalu.

Mahkamah turut memerintahkan wanita yang hadir memakai jubah hitam itu menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Nur Emah dituduh tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian di bawah Sub Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang diarahkan Pegawai Diberi Kuasa, Syarifudin Abu Bakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor pada jam 5.30 petang, 4 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Sub Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit 1987 dan boleh dihukum di bawah Sub Seksyen 24(a) akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people and text
ArticlePublished 15 Aug 2020 2.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM