
Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Lapor Aktiviti Judi Dalam Talian
Kuala Lumpur, 16 Jun 2020 - Orang ramai perlu melaporkan sebarang aktiviti perjudian secara dalam talian kepada pihak berkuasa.
Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan , Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakub berkata, polis sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.
“Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pun banyak kes yang membabitkan judi diambil tindakan oleh polis.
"Cuma kita minta supaya orang ramai membantu polis di dalam mengambil tindakan ini," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, semalam.
Sebarang maklumat berkenaan aktiviti judi boleh dilaporkan melalui Infoline Jabatan Siasatan Jenayah di 019-3019930 atau Bilik Gerakan Khas: Aduan Judi Haram seperti di pautan berikut, https://www.facebook.com/161086313901684/posts/2035831056427191/?d=n.
Sumber: Harian Metro
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN