
Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kita Kini Jadi Petugas Barisan Hadapan
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2020 - "Dulu kita bergantung kepada doktor, jururawat, polis dan pihak berkuasa lain sebagai petugas barisan hadapan (frontliners), tetapi sekarang kita sendiri yang perlu menjadi 'frontliners' untuk memerangi penularan pandemik Covid-19," kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato' Suriani Ahmad.
Atas dasar itu, beliau berkata, KKMM melaksanakan Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang akan dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin, di Kompleks Sukan Pagoh, Johor, hari ini.
"Kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan memperkasakan rakyat untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti dalam memerangi Covid-19 dan memperkasakan norma baharu dalam kehidupan, itu yang penting.
"Sekarang giliran kita. Ayuh kita ke hadapan sebagai 'frontliners' untuk bersama-sama memerangi Covid-19," katanya ketika ditemubual Bernama TV menerusi lintas langsung dari Kompleks Sukan Pagoh, Johor, semalam.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.
Sumber: Harian Metro
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN