Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kesalahan Tidak Pakai Pelitup Muka Hanya Di Tempat Awam

Diterbitkan: 16 Dec 2020 1.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 16 Disember 2020 - Individu yang tidak memakai pelitup muka ketika bersendirian di tempat awam, tidak melanggari prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kesalahan-tidak-pakai-pelitup-muka-hanya-di-tempat-awam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:44 MYT
Kuala Lumpur, 16 Disember 2020 - Individu yang tidak memakai pelitup muka ketika bersendirian di tempat awam, tidak melanggari prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri, menjelaskan jika individu berkenaan berada di tempat awam yang sesak, maka pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.

"Taman awam adalah tempat awam. Kalau bersendirian tak perlu pakai. Tetapi kalau di tempat awam yang sesak seperti dalam LRT, pasar yang sesak, maka wajib pakai pelitup muka," katanya pada sidang media, hari ini.

Baru-baru ini tular mengenai dakwaan seorang individu yang mendakwa disaman kerana tidak memakai pelitup muka ketika membaca akhbar di taman awam di hadapan rumahnya di Klang, Selangor.

Mulai 1 Ogos, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dengan orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan itu.

Sementara itu, Dato' Sri Ismail Sabri turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya bertegas dan tidak bertolak ansur dengan pemilik premis hiburan yang masih berdegil tidak mematuhi SOP dengan sama ada menarik semula lesen premis atau menghentikan operasi mereka untuk selamanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.bharian.com.my/.../tak-salah-tak-pakai...

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 16 Dec 2020 1.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM