Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kembara Penyamun 4 Anggota Geng Ah Hau Tumpas

Published: 05 Aug 2020 2.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 5 Ogos 2020 - Tiga daripada empat anggota Geng Ah Hau tinggal di Kuala Lumpur, namun mereka sanggup mengembara ratusan kilometer ke negeri lain untuk memecah masuk rumah sejak akhir tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kembara-penyamun-4-anggota-geng-ah-hau-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:02 MYT

Alor Setar, 5 Ogos 2020 - Tiga daripada empat anggota Geng Ah Hau tinggal di Kuala Lumpur, namun mereka sanggup mengembara ratusan kilometer ke negeri lain untuk memecah masuk rumah sejak akhir tahun lalu.

Terbaharu, pada Julai lalu mereka memecah masuk empat rumah di sekitar Kulim menyebabkan kerugian RM250,000.

Bagaimanapun, kegiatan jenayah mereka berakhir selepas keempat-empatnya ditahan melalui beberapa siri serbuan.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menjalankan risikan dan mengumpul maklumat untuk mengesan suspek.

Hasilnya, kami menahan lelaki berusia 40-an di sebuah rumah di Tikam Batu, Sungai Petani jam 2 pagi, 30 Julai lalu.

"Suspek terbabit berasal dari Kuala Lumpur dan menjalani perintah sekatan (POCA) selama dua tahun," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 05 Aug 2020 2.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM