Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kedai Kopi Markas Baharu Sindiket Judi

Published: 03 Sep 2020 6.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 3 September 2020 - Polis mengesan modus operandi yang digunakan premis perjudian dengan menyamar di sebalik perniagaan lain termasuk kedai kopi, kedai serbaneka, kedai buku dan kedai alat telekomunikasi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kedai-kopi-markas-baharu-sindiket-judi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:38 MYT

Johor Bahru, 3 September 2020 - Polis mengesan modus operandi yang digunakan premis perjudian dengan menyamar di sebalik perniagaan lain termasuk kedai kopi, kedai serbaneka, kedai buku dan kedai alat telekomunikasi.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata selepas premis perjudian diserbu dan bekalan elektrik dipotong, mereka beralih di sebalik perniagaan lain untuk beroperasi.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menyenarai hitam lesen pemilik perniagaan yang menyamar di sebalik perniagaan mereka untuk menjalankan perjudian haram.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya turut mengesan taktik baharu penganjur kegiatan judi menyamar sebagai pelanggan di kedai kopi sambil menggunakan peranti mudah alih untuk beroperasi, bagi menyukarkan kegiatan mereka dikesan.

"Penganjur kegiatan itu dipercayai beralih ke kedai kopi kerana premis asal mereka dikenakan tindakan pemotongan elektrik yang dilakukan polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini.

"Mereka berbuat demikian kerana sedar jika mereka menyewa premis seperti dahulu, kita akan potong bekalan elektrik," katanya selepas merasmikan Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Balai Polis Alam Damai, Cheras, semalam.

Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'Ayob Khan (due dari kanan) melihat kakitangan INB memotong bekalan eletrik premis yang menjalankan k
ArticlePublished 03 Sep 2020 6.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM