Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kasih Berputik Ketika Pkp

Published: 12 Dec 2020 6.13 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Disember 2020 - "Saya memang merancang untuk berkahwin pada tahun ini, tetapi tidak sangka bertemu jodoh dalam tempoh yang cepat. Mungkin ini yang dinamakan jodoh COVID-19," kata Konstabel Mohd Faiz Azim Mohd Shukri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kasih-berputik-ketika-pkp
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:23 MYT

Kuala Lumpur, 12 Disember 2020 - "Saya memang merancang untuk berkahwin pada tahun ini, tetapi tidak sangka bertemu jodoh dalam tempoh yang cepat. Mungkin ini yang dinamakan jodoh COVID-19," kata Konstabel Mohd Faiz Azim Mohd Shukri.

Konstabel Mohd Faiz, 25, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalaman berkahwin dengan Inspektor Murni Jafar, 30, yang juga pegawainya di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat, Johor.

Menariknya, perbezaan pangkat bukan penghalang, malah mereka sepakat menghalalkan ikatan hanya selepas lima bulan berkenalan.

Biarpun bekerja di tempat sama, Konstabel Mohd Faiz berkata, hubungannya dengan isteri tidak sama dengan pasangan bercinta yang lain kerana mereka jarang bertemu.
Namun, keserasian tetap ada dan restu keluarga yang menyatukan mereka sebagai suami isteri.

"Selepas tiga bulan mengenali hati budi masing-masing, kami memutuskan untuk bertunang pada 27 Jun lalu dan ketika itu, ramai rakan setugas yang terkejut.
"Alhamdulillah, keluarga kedua belah pihak merestui hubungan kami dan dua bulan kemudian iaitu pada 29 Ogos lalu, kami sah menjadi suami isteri selepas dinikahkan di Taman Cahaya, Pontian, Johor," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 6 people, text that says 'am@hmetro.com.my INSPEKTOR DILAMAR KONSTABEL Perbezaan pangkat bukan penghalang cinta Faiz dan Murni asukan se

ArticlePublished 12 Dec 2020 6.13 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM