Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Jumlah Anggota Dan Aset Terhad Jaga Sempadan Negara

Published: 27 Aug 2020 7.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kekurangan anggota penguatkuasa dan aset pertahanan yang terhad menjadi cabaran besar buat Pasukan Polis Marin (PPM) untuk memastikan sempadan perairan negara tidak dibolosi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-jumlah-anggota-dan-aset-terhad-jaga-sempadan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:23 MYT

Shah Alam, 27 Ogos 2020 - Kekurangan anggota penguatkuasa dan aset pertahanan yang terhad menjadi cabaran besar buat Pasukan Polis Marin (PPM) untuk memastikan sempadan perairan negara tidak dibolosi.

Komander PPM, SAC Tuan Mohd Yusof Mamat berkata, sebanyak 200 bot peronda yang dimiliki PPM hanya mampu ditempatkan di setiap 100 batu (nautika) bagi menjaga lebih 6,000 kilometer pantai di negara ini.

Malah menurutnya, sekiranya semua aset dan keanggotaan agensi lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) digabungkan, ia masih tidak mencukupi.

"Tidak seperti Singapura yang meletakkan bot mereka di setiap kilometer pantai. Bukan setakat bot, malah dilengkapi dengan radar dan sebagainya.

"Di Malaysia, radar yang dikendali oleh agensi tidak menyeluruh untuk sepanjang perairan negara kita. Inilah masalah utama. Aset tidak cukup dan peralatan juga lama. Begitu juga kelengkapan Iain.

"Dengan sempadan yang luas, keanggotaan juga tidak cukup berbanding penduduk Malaysia. Teknologi digunakan sindiket penjenayah lebih canggih," katanya.

Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Jumlah Anggota Dan Aset Terhad Jaga Sempadan Negara

ArticlePublished 27 Aug 2020 7.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM