
Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Esscom Tubuh Pasukan Khas Tangani Ancaman Keselamatan Komuniti Maritim
Kunak, 19 November 2020 - Satu pasukan petugas khas ditubuhkan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi membanteras kes samun dan rompakan di laut perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata penubuhan pasukan petugas khas berkenaam adalah komitmen berterusan pasukan keselamatan negara bagi menangani sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan komuniti maritim.
"Kita juga akan turut melaksanakan operasi khas selaras penubuhan pasukan itu.
"Langkah ini ekoran terdapat beberapa kejadian samun dan rompakan di laut yang dilaporkan berlaku di kawasan perairan ESSZONE termasuk Lahad Datu, Kunak dan Semporna sejak kebelakangan ini," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo
Sumber: Kosmo
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN