Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Emosi Luar Kawal Punca Jenayah

Published: 05 Aug 2020 4.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2020 - Emosi luar kawalan dan tidak dapat mengawal kemarahan dikenal pasti punca berlakunya insiden pembunuhan dalam kalangan ahli keluarga atau orang terdekat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-emosi-luar-kawal-punca-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:22 MYT

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2020 - Emosi luar kawalan dan tidak dapat mengawal kemarahan dikenal pasti punca berlakunya insiden pembunuhan dalam kalangan ahli keluarga atau orang terdekat.

Pakar Kriminologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin berkata, perasaan amarah semakin menguasai pertimbangan akal apabila ada provokasi atau stimulus persekitaran termasuk daripada mangsa.

Sebab itulah katanya, dalam kebanyakan kes pembunuhan membabitkan ahli keluarga dan individu rapat, ia berlaku secara tidak dirancang tetapi boleh berlaku secara di luar jangka.

“Dendam barangkali sudah berlaku sejak lama tetapi dipendamkan sahaja. Apabila sampai ke suatu peringkat, apabila sahaja marah tercetus, mulalah berlaku keganasan dan tindakan agresif yang hingga tanpa sengaja mengakibatkan kematian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas mengenai emosi marah tidak terkawal hingga menyebabkan insiden kematian. Rabu lalu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Maizatulniza Othman, 40, maut dipercayai dijerut suaminya sendiri.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'Emosi luar kawal punca jenayah OlehAFZANYUSOF damkan Emosi daripada KUALA LUMPUR: kawalan kemarahan
ArticlePublished 05 Aug 2020 4.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM