Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Dalam Gembira Usah Alpa

Published: 31 Jul 2020 3.13 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 31 Julai 2020 - Sambut Hari Raya Aidiladha dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), antaranya memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-dalam-gembira-usah-alpa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:40 MYT

Kuala Lumpur, 31 Julai 2020 - Sambut Hari Raya Aidiladha dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), antaranya memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan sosial.

lnilah antara semangat pengorbanan yang perlu ditunjukkan oleh masyarakat Islam negara ini dalam meraikan Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban hari ini.

Meskipun Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tidak ada sekatan untuk balik kampung namun buatlah keputusan bijak dan pastikan SOP dipatuhi untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 yang masih belum dapat diputuskan rantaian penularannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia akan menghadapi gelombang ketiga wabak Covid-19 sekiranya orang ramai gagal mematuhi SOP.

Justeru, dalam kegembiraan berkumpul dengan ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai, pastikan kita semua mengamalkan SOP yang sudah banyak kali diulang oleh Datuk Dr. Noor Hisham.

Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, meskipun kerajaan memberi kelonggaran untuk perayaan Aidiladha, orang ramai masih tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.

Antaranya SOP yang ditetapkan, bagi jamuan di rumah, bilangan tetamu dihadkan maksimum 20 orang. Individu yang dikuarantin dilarang keluar dari kediaman masing-masing sehingga tempoh kurungan selesai. Untuk ibadat korban pula, jumlah haiwan tidak melebihi 10 ekor bagi masjid dan surau sementara jumlah petugas dihadkan 20 orang untuk setiap seekor haiwan korban.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'PANDEMIK COVID- 19 Pertanian Adalah Perniagaan Patuhi semua Dalam gembira usah alpa ketika sambut Ai
ArticlePublished 31 Jul 2020 3.13 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM