Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Banteras Militan Kukuh Ekonomi

Published: 12 Nov 2020 2.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar diberi kepujian kerana berupaya mengelak masalah dengan penangkapan beberapa militan baik dari luar negara ataupun tempatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-banteras-militan-kukuh-ekonomi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:29 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar diberi kepujian kerana berupaya mengelak masalah dengan penangkapan beberapa militan baik dari luar negara ataupun tempatan.

Sejak dari 2013, PDRM sudah menahan 533 militan, di mana 343 daripada mereka berkait dengan kumpulan Daish.

Pelbagai akta digunakan terhadap pesalah termasuklah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA); Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

Bagaimanapun, menurut ACP Tuan Azman Omar dari Bahagian Risikan/Operasi, Unit Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, mereka yang ditahan dimasukkan di dalam proses rehabilitasi dan dipantau apabila keluar dari tahanan.

Pihak berkuasa juga turut membantu mereka bergaul dengan orang ramai selepas dibebaskan. Pendek kata, kebajikan mereka tidak terabai dan sentiasa diberi perhatian.

Seperti kata Tuan Azman, mereka dijaga sehingga akhir hayat.

Ada antara mereka menjadi usahawan berjaya dan paling penting mereka sudah melupakan kegiatan haram dilakukan sebelum ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'Harian Metrol Khamis 12.11.2020 @hmetromy HarianMetro @hmetromy www. metro.com.my bisnes MALAYSIA #MyAPEC2020
ArticlePublished 12 Nov 2020 2.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM