
Artikel
Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Banjir Pihak Berkuasa Pujuk Mangsa Berpindah Ke Pps
Tumpat, 6 Disember 2020 - Polis dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir ada cara dan kaedah tersendiri termasuk memujuk mangsa banjir supaya b...
Tumpat, 6 Disember 2020 - Polis dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir ada cara dan kaedah tersendiri termasuk memujuk mangsa banjir supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya paras air semakin naik.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata demikian ketika diminta mengulas keengganan penduduk di sekitar Kampung Bendang Pak Yong dan Kubang Sawa yang dilaporkan tidak mahu berpindah sebelum ini.
"Saya sudah berbincang dengan beberapa agensi terlibat dan akan pastikan semua mangsa banjir berpindah ke PPS yang sudah ditetapkan.
"Kita ada kaedah atau cara tersendiri dan semalam (kelmarin) pihak kami bersama penggawa sudah berjumpa dengan masyarakat sekitar. Mereka menyatakan persetujuan untuk berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di kawasan terjejas banjir di sini semalam.
Beliau turut memaklumkan pasukan penyelamat akan memastikan pemindahan dan penempatan mangsa banjir mengikuti prosedur operasr standard (SOP) yang sudah ditetapkan.
"Walaupun aktiviti pemindahan mangsa banjir dilakukan, kita perlu patuhi SOP yang sudah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika pandemik COVID-19," jelasnya.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
\