Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Banjir Pantai Timur Jangan Risau Pihak Polis Sentiasa Pantau Dan Jaga Penduduk Terjejas

Diterbitkan: 22 Dec 2020 6.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kemaman, 21 Disember 2020 - Orang ramai terutamanya individu daripada zon merah yang ingin pulang ke kampung dinasihatkan menangguhkan dahulu perjalanan dan tunggu sehingga banjir kembali reda.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-banjir-pantai-timur-jangan-risau-pihak-polis-sentiasa-pantau-dan-jaga-penduduk-terjejas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:46 MYT
Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Banjir Pantai Timur Jangan Risau Pihak Polis Sentiasa Pantau Dan Jaga Penduduk Terjejas
Laman Utama / Artikel / Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Banjir Pantai Timur Jangan Risau Pihak Polis Sentiasa Pantau Dan Jaga Penduduk Terjejas
Kembali ke Pustaka
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Banjir Pantai Timur Jangan Risau Pihak Polis Sentiasa Pantau Dan Jaga Penduduk Terjejas

Kemaman, 21 Disember 2020 - Orang ramai terutamanya individu daripada zon merah yang ingin pulang ke kampung dinasihatkan menangguhkan dahulu perjalanan dan tu...

Kemaman, 21 Disember 2020 - Orang ramai terutamanya individu daripada zon merah yang ingin pulang ke kampung dinasihatkan menangguhkan dahulu perjalanan dan tunggu sehingga banjir kembali reda.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dalam keadaan bencana dan wabak COVID-19, pulang ke kampung bukanlah satu tindakan yang digalakkan.

Menurutnya, mereka yang mempunyai ibu bapa dan keluarga khususnya yang berada di kawasan banjir tidak perlu risau keselamatan dan kebajikan keluarga mereka kerana pihak berwajib akan sentiasa menjaga serta memantau perkembangan dari masa ke masa.

“Tunggu keadaan (banjir) reda, baru jumpa keluarga. Itu nasihat saya yang utama kepada mereka yang ingin pulang ke kampung ketika ini.

“Bagi penduduk pula, jika dinasihatkan pihak berkuasa untuk berpindah, kita minta kerjasama agar segera berpindah.

“Kita mendapat info dari masa ke masa daripada pelbagai agensi lain seperti Jabatan Meteorologi, Jabatan Pengairan dan Saliran dan sebagainya. Jadi kita tahu keadaan semasa sebab itu kita rayu agar mereka patuh kepada arahan.

“Selain itu, sentiasa dapatkan maklumat berkaitan banjir dan jalan yang ditutup daripada media masa serta pihak berkuasa supaya orang ramai sentiasa waspada dengan keadaan banjir ketika ini,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Sumber: 



#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text

ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2020 6.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM