Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 266 Bunuh Diri Ketika Pkp Dilaksanakan

Diterbitkan: 18 Nov 2020 5.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 18 November 2020 - Bebanan hutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan dan masalah keluarga menjadi punca utama seseorang nekad meragut nyawanya sendiri ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-266-bunuh-diri-ketika-pkp-dilaksanakan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:29 MYT

Petaling Jaya, 18 November 2020 - Bebanan hutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan dan masalah keluarga menjadi punca utama seseorang nekad meragut nyawanya sendiri ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 266 kes bunuh diri dilaporkan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Ia sekali gus menunjukkan secara purata lebih 30 orang bunuh diri sebulan atau seorang setiap hari dalam tempoh berkenaan.

Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din berkata, sebanyak 25 peratus daripada 266 kes bunuh diri berpunca daripada bebanan hutang yang tinggi, diikuti masalah keluarga (24 peratus) dan kes rumah tangga (23 peratus).

Menurutnya, selain tiga motif itu, bunuh diri atas faktor cinta turut mencatatkan 15 peratus dalam tempoh sama.

"Punca bunuh diri yang lain termasuk bebanan kerja, halusinasi, mental, media massa serta dadah pula direkodkan sebanyak 13 peratus," katanya.

Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Kosmo seperti berikut

Sumber: Kosmo

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 2 people, text that says 'Satu kes bunuh diri setiap hari sejak Covid-19 Lebih ramai bunuh diri 25% beban hutang 24% masalah keluarga GA

Image may contain: 1 person, text that says 'Oleh MALINDA ABDUL MALIK Bebanan hutang, masalah rumah tangga antara punca utama 266 bunuh diri ketika PKP dil

ArtikelDiterbitkan 18 Nov 2020 5.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM