Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Jomberingat Hati Hati Dengan Pihak Tawar Visa Urus Sendiri Tunai Haji

Diterbitkan: 16 Jun 2020 1.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Susulan pengumuman kerajaan berkenaan penangguhan penghantaran jemaah haji pada tahun ini, ramai umat Islam yang menerima tawaran sejak awal tahun terpaksa melupakan hasrat tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-jomberingat-hati-hati-dengan-pihak-tawar-visa-urus-sendiri-tunai-haji
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:55 MYT

Susulan pengumuman kerajaan berkenaan penangguhan penghantaran jemaah haji pada tahun ini, ramai umat Islam yang menerima tawaran sejak awal tahun terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Namun demikian, terdapat pihak yang cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan menawarkan visa diurus sendiri kepada mereka yang tetap berhasrat menunaikan ibadah tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tabung Haji, tiada sebarang kuota khas diperuntukkan kepada mana-mana Pengelola Jemaah Haji atau mana-mana agensi pelancongan swasta pada tahun ini.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak sesekali menerima tawaran pengurusan visa secara persendirian oleh mana-mana pihak bagi mengelakkan anda ditipu.

Jangan kerana ‘cuba-cuba buat bijak’, wang yang sepatutnya digunakan ketika di Tanah Suci itu nanti, terus lesap entah ke mana.

Sumber gambar: Google

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

Image may contain: one or more people, crowd and outdoor
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2020 1.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM