Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Bank Rakyat Hargai Frontliners Pdrm Sumbang 600 Kilogram Daging Korban

Diterbitkan: 08 Aug 2020 5.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2020 – Kerjasama erat antara Bank Rakyat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus terjalin melalui Program Sinar Aidiladha Bank Rakyat Bersama PDRM yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-bank-rakyat-hargai-frontliners-pdrm-sumbang-600-kilogram-daging-korban
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:26 MYT

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2020 – Kerjasama erat antara Bank Rakyat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus terjalin melalui Program Sinar Aidiladha Bank Rakyat Bersama PDRM yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sumbangan sebanyak 600 kilogram daging korban telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Encik Nor Haimee Zakaria kepada para petugas barisan hadapan (frontliners) PDRM yang telah berkorban masa dan tenaga bagi mengekang penularan COVID-19.

Selain itu, 100 orang asnaf dalam kalangan warga PDRM turut menerima sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan asas yang nyata memberi sinar keceriaan buat semua penerima.

Berucap dalam majlis tersebut, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya menzahirkan setinggi penghargaan kepada pihak Bank Rakyat atas keprihatinan mereka terhadap petugas barisan hadapan PDRM.

Katanya lagi, PDRM amat menghargai usaha murni bank tersebut atas pelbagai sumbangan yang dihulurkan kepada Masjid Bukit Aman bagi tujuan pengimarahan masjid.

Selaras dengan arus perdana, turut berlangsung Pelancaran QR Code Touch n Go e-Wallet bagi memudahkan orang ramai untuk berinfak atau menderma kepada Tabung Masjid Bukit Aman. Pengaktifan QR Code itu juga bertujuan menggalakkan amalan keselamatan melalui pembayaran tanpa sentuh.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Bukit Aman, DCP Tuan Shafien Haji Mamat, Ketua Pematuhan Syariah Bank Rakyat, Ustaz Mohd Zamrey Abdul Razak dan para pegawai kanan serta warga PDRM.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 3 people, people standing
Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Encik Nor Haimee Zakaria menyerahkan replika cek bernilai sepuluh ribu ringgit Malaysia bagi tujuan pengimarahan Masjid Bukit Aman kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Bukit Aman, DCP Tuan Shafien Haji Mamat yang disaksikan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya.

Image may contain: 3 people, people standing
Antara penerima-penerima bantuan asnaf dan daging qurban sumbangan daripada Bank Rakyat.

Image may contain: 1 person, sitting
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya mengimbas QR Code Touch n Go e-Wallet Tabung Masjid Bukit Aman.

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
Sekitar berlangsung Program Sinar Aidiladha Bank Rakyat Bersama PDRM dan Pelancaran QR Code Tabung Masjid Bukit Aman.

Image may contain: 2 people, people sitting
Ucapan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya.
 

Image may contain: 1 person, sitting, text that says 'MILIK PDRM K15'
Antara penerima-penerima bantuan asnaf yang menerima sumbangan daripada Bank Rakyat.

Image may contain: 3 people, people sitting, text that says 'MILIK PDRM'
Antara penerima-penerima bantuan asnaf yang menerima sumbangan daripada Bank Rakyat.

Image may contain: 1 person, standing, child and indoor
Antara penerima-penerima bantuan asnaf dan daging qurban sumbangan daripada Bank Rakyat.

Image may contain: 2 people, people standing and indoor
Pengagihan daging qurban kepada penerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor, text that says 'PDRMO AMత INFAK lebih múgah dengan Touch TGO eWallet MASJID BUKIT AMAN'
Pelancaran QR Code Touch n Go e-Wallet Tabung Masjid Bukit Aman yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya.
ArtikelDiterbitkan 08 Aug 2020 5.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM