Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Wartawan Al Jazeera Akan Dipanggil Beri Keterangan Kpn

Published: 07 Jul 2020 3.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 7 Julai 2020 – ‘Kita akan panggil pihak Al Jazeera dan wartawan’. Itu tegas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-wartawan-al-jazeera-akan-dipanggil-beri-keterangan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:09 MYT
Putrajaya, 7 Julai 2020 – ‘Kita akan panggil pihak Al Jazeera dan wartawan’. Itu tegas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

“Mereka akan dipanggil untuk menjawab beberapa persoalan secara rasminya kertas siasatan telah dibuka kerana ada beberapa laporan yang kami terima.
“Akan dipanggil dalam masa terdekat, lagi cepat kita selesaikan lagi bagus,” katanya kepada media selepas menghadiri pelancaran Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (BANCI 2020), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini yang dirasmikan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid semalam mengesahkan polis telah memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa itu.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, polis akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Beberapa undang-undang bawah kanun keseksaan bawah Akta Hasutan, kita akan tengok dari sudut undang-undang selepas dia menjawab soalan-soalan,” katanya lagi.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
ArticlePublished 07 Jul 2020 3.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM