Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Tolong Jaga Si Bunting Ya

Published: 10 Jun 2020 12.53 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Segamat, 10 Jun 2020 - "Tolong jaga Si Bunting ya." Itu pesanan Inspektor Widyawati Rahmat yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jementah, Segamat tengah malam tadi selepas menyerahkan kucing betina yang setia menemani anggota polis dan tentera sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada penduduk tempatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-tolong-jaga-si-bunting-ya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:05 MYT

Segamat, 10 Jun 2020 - "Tolong jaga Si Bunting ya." Itu pesanan Inspektor Widyawati Rahmat yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jementah, Segamat tengah malam tadi selepas menyerahkan kucing betina yang setia menemani anggota polis dan tentera sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada penduduk tempatan.

Inspektor Widyawati, 43, berkata, sepanjang menjaga bertugas di situ, Si Bunting menjadi penghibur kepada mereka.

Menurutnya, anggota polis dan tentera yang bertugas menjadikan waktu rehat selepas SJR dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membelai dan memberi makan kucing terbiar itu.

"Kucing ini menjadi penghibur dan peneman kami ketika waktu terluang.

"Semasa ia datang dulu, keadaannya sangat kurus dan tidak terurus namun kini kelihatan berisi sedikit," katanya.

Dia berkata, Si Bunting seolah-olah tahu ia akan ditinggalkan selepas pasukan petugas mengemas peralatan berikutan penamatan SJR malam tadi.

"Ia berlari ke arah kami dan mengiau kuat seolah-olah tahu akan ditinggalkan.

"Sebak rasa hati kerana terpaksa berpisah dengan haiwan yang menemani kami di sini. Tapi saya berharap tuan baru Si Bunting dapat menjaga ia sebaik mungkin," katanya.

Bacaan penuh seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/…/588045/tolong-jaga-si-bunting-ya

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 10 Jun 2020 12.53 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM