Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Tolong Bersabar Untuk 14 Hari Jangan Guna Lorong Tikus
Alor Setar, 12 September 2020 - Polis melakukan pemantauan lebih kerap di beberapa 'lorong tikus' di sekitar Kota Setar yang dipercayai digunakan penduduk untuk merentas ke daerah lain ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Tuan Noor Azman Mohd Noor berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lorong tikus yang boleh menembusi ke daerah lain.
Beliau berkata, pasukan pemantau Covid-19 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sudah melakukan pemantauan di sekitar lorong tikus di daerah ini sejak semalam untuk memastikan tidak ada penduduk cuba keluar ke daerah lain.
Beliau berkata, tempoh kuarantin 14 hari tidak lama dan berharap orang ramai patuh pada arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengelak wabak Covid-19 daripada terus meningkat.
"Hanya 14 hari saja PKPD ini dan kita berdoa semoga wabak Covid-19 ini akan berkurangan.
"Saya berharap sepanjang tempoh ini, penduduk dapat bersama keluarga dan tidak keluar tanpa sebarang urusan kecuali ketua keluarga keluar membeli barangan keperluan harian pada tempoh had ditetapkan," katanya ketika melakukan tinjauan di sekatan jalan raya hadapan Balai Polis Alor Janggus, di sini malam tadi.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/…/tolong-bersabar-untuk-14-hari-j…
Sumber: Harian Metro
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN