Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Nafi Pengurusan Genting Highlands Sorok Pekerja Positif Covid 19

Diterbitkan: 15 Dec 2020 8.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Bentong, 15 Disember 2020 - Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya kira-kira 1,500 pekerja di Genting Highlands ditempatkan di sebuah hotel di pusat peranginan itu selepas disahkan positif COVID-19.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-polis-nafi-pengurusan-genting-highlands-sorok-pekerja-positif-covid-19
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:31 MYT

Bentong, 15 Disember 2020 - Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya kira-kira 1,500 pekerja di Genting Highlands ditempatkan di sebuah hotel di pusat peranginan itu selepas disahkan positif COVID-19.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata hasil saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kesemua pekerja terlibat negatif COVID-19, namun ditempatkan di hotel itu bagi tujuan kuarantin selama 14 hari.

"Langkah itu (kuarantin) diambil oleh pihak Genting Highlands selepas merujuk jawatankuasa task-force COVID-19 Pahang bagi memudahkan usaha menjaga kebajikan kakitangan mereka dan kita berterima kasih atas inisiatif tersebut.

"Dakwaan bahawa Genting Highlands diletakkan dalam situasi ‘lockdown' juga tidak benar dan orang ramai masih boleh berkunjung ke situ, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di sini, hari ini.

Dato’ Sri Abd Jalil menjelaskan hanya tiga lokaliti di Bentong iaitu Ria Apartment, Amber Court Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 10 hingga 23 Dis ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1912408

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Nafi Pengurusan Genting Highlands Sorok Pekerja Positif Covid 19
ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2020 8.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM