Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Nafi Dakwaan Penyamun Menyamar Kakitangan Kkm

Published: 16 Jun 2020 1.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 15 Jun 2020 – Sebuah gambar dan video tular di media sosial kononnya ada suspek cuba samun menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan membuat pemeriksaan di kawasan Bukit Subang, Shah Alam sebenarnya tidak benar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-polis-nafi-dakwaan-penyamun-menyamar-kakitangan-kkm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT

Kuala Lumpur, 15 Jun 2020 – Sebuah gambar dan video tular di media sosial kononnya ada suspek cuba samun menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan membuat pemeriksaan di kawasan Bukit Subang, Shah Alam sebenarnya tidak benar.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Tuan Baharudin Mat Taib berkata, ia ditularkan seorang orang awam di media sosial dengan penafsiran sendiri berdasarkan kehadiran sekumpulan individu dengan van klinik kesihatan dan memberi amaran kepada awam mereka suspek cuba menyamun.

Kata beliau, pihaknya telah menerima laporan polis berkaitan perkara itu semalam.

“Polis telah menjalankan siasatan terhadap gambar yang ditularkan dan mendapati ia merupakan salah faham di antara pengadu dan pihak yang hadir di lokasi rumah pengadu.

“Nombor pendaftaran yang diviralkan adalah salah dan tidak tepat sehingga dikatakan ia wujud kenderaan yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Tuan Baharudin, tiga orang individu terlibat disahkan sebagai kakitangan KKM.

Justeru katanya, siasatan ke atas van yang digunakan mereka juga disahkan milik Kementerian Kesihatan Daerah Petaling.

“Pihak KKM juga telah membuat laporan hari ini mengesahkan kehadiran pegawai KKM di lokasi bagi pemantauan Pesakit Dalam Siasatan (PUI) Covid-19 pada 14 Jun jam 2 petang.

“Pihak polis berharap semua pihak menghentikan sebarang penyebaran gambar dan viral berkaitan isu ini,” tegasnya lagi.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMalaysia Gazette

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Nafi Dakwaan Penyamun Menyamar Kakitangan Kkm

ArticlePublished 16 Jun 2020 1.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM