Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Pkpp Tak Perlu Ada Sekatan Jalan Raya Kpn

Published: 07 Jun 2020 1.34 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 7 Jun 2020 - Tiada keperluan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-pkpp-tak-perlu-ada-sekatan-jalan-raya-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:57 MYT

Kuala Lumpur, 7 Jun 2020 - Tiada keperluan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sedang memperhalusi butiran pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin mengenai pelaksanaan PKPP.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menetapkan bentuk penugasan baharu Selasa ini.

"Buat masa ini, SJR sepanjang tempoh PKPP jelas sudah tidak ada keperluannya kecuali di lokasi Op Benteng Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, beliau akan berbincang dengan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM untuk mendapatkan kefahaman dan persetujuan bersama.

"Mungkin penugasan pemantauan akan ditambah bagi hemistichal kepatuhan kepada arahan penjarakan sosial.

"Kita mesti ingat bahawa kemenangan melawan Covid-19 masih belum muktamad," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/pkpp-tak-perlu-ada-sekatan-jala…

Sumber : Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Pkpp Tak Perlu Ada Sekatan Jalan Raya Kpn
ArticlePublished 07 Jun 2020 1.34 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM