Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Pkpp Skuad 42 Tangani Pelumba Haram Konvoi Motosikal
Kuala Lumpur, 8 Jun 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan lumba haram dan aktiviti konvoi bermotosikal, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata Skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) JSPT akan membuat pemantauan terhadap aktiviti itu, termasuk membendung kegiatan samseng jalanan.
Beliau berkata, tindakan undang-undang adalah seperti biasa dan tiada perbezaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
"Jika melakukan kesalahan seperti memandu dalam keadaan laju, melulu, dan bahaya serta mabuk, mereka ini akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.
"Skuad 42 JSPT sentiasa dalam keadaan bersedia termasuk meningkatkan lagi Op Mabuk," katanya ketika diminta mengulas mengenai aktiviti konvoi motosikal yang kini dibenarkan sepanjang PKPP.
Dato’ Azisman berkata, setakat ini tiada laporan lumba haram dan aktiviti konvoi motosikal dalam jumlah besar diterima pihaknya, namun polis sentiasa memantau dengan mengadakan sekatan jalan raya khas, dari semasa ke semasa.
Bacaan lanjut pada pautan seperti berikut: https://www.bharian.com.my/…/pkpp-skuad-42-tangani-pelumba-…
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN