Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Pdrm Tunggu Keputusan Kerajaan Pelaksanaan Sop Lebih Ketat Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 09 Jan 2021 1.49 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 9 Januari 2021 - Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 akan dilaksanakan, selaras dengan pertimbangan kerajaan untuk melaksanakan SOP lebih ketat yang akan diputuskan, minggu depan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-pdrm-tunggu-keputusan-kerajaan-pelaksanaan-sop-lebih-ketat-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:17 MYT
Kuala Lumpur, 9 Januari 2021 - Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 akan dilaksanakan, selaras dengan pertimbangan kerajaan untuk melaksanakan SOP lebih ketat yang akan diputuskan, minggu depan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, pihaknya kini menunggu sebarang pengumuman kerajaan berhubung perkara itu sebelum menyelaraskan tindakan yang sewajarnya.

"Perkara ini bergantung kepada keputusan kerajaan, minggu depan dan menunggu garis panduan yang sedang diteliti oleh AG (Peguam Negara) untuk diluluskan.
"Seterusnya, tindakan kita (PDRM) bergantung kepada apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan itu kelak.

"Kita sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakan pemantauan dan menguatkuasakan tindakan berhubung pematuhan SOP termasuk sekiranya kerajaan memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)”, katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-tunggu-keputusan...
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Pdrm Tunggu Keputusan Kerajaan Pelaksanaan Sop Lebih Ketat Pengarah Jabatan Kdnka
ArticlePublished 09 Jan 2021 1.49 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM