Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Op Samseng Jalanan Cekup Samseng Jalanan Bongkar Port Dadah

Published: 07 Sep 2020 2.59 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuantan, 7 September 2020 - Penahanan seorang samseng jalanan yang melakukan aksi berbahaya di Jalan Beserah menghala Kuantan membongkar 'port' dadah di sebuah rumah di Beserah, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-op-samseng-jalanan-cekup-samseng-jalanan-bongkar-port-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:38 MYT

Kuantan, 7 September 2020 - Penahanan seorang samseng jalanan yang melakukan aksi berbahaya di Jalan Beserah menghala Kuantan membongkar 'port' dadah di sebuah rumah di Beserah, di sini semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, Op Samseng Jalanan kira-kira jam 1.30 pagi itu telah mengesan seorang penunggang motosikal Honda EX5 berusia 17 tahun yang melakukan aksi wheelie.

Menurutnya, pegawai dan anggota JSPT Bukit Aman bersama JSPT Pahang mengekori remaja terbabit sehingga ke sebuah rumah di Kampung Darat Sekolah Beserah.

"Pemeriksaan di rumah terbabit mendapati terdapat 14 lagi individu berusia lingkungan 15 hingga 43 tahun.

"Siasatan mendapati tiga tangkapan membabitkan tiga beranak terdiri daripada pasangan suami isteri berusia 43 dan 40 tahun serta seorang anak lelakinya berusia 19 tahun," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di rumah terbabit menemui pelbagai barang dipercayai untuk menghisap dadah selain beberapa ketulan mampat disyaki Ganja serta peket plastik mengandungi serbuk dan ketulan disyaki Syabu.

Katanya, siasatan awal dipercayai rumah terbabit dijadikan sebagai tempat untuk menghisap dadah dan ujian saringan air kencing juga mendapati lima suspek positif dadah.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/…/Cekup-samseng-jalanan-bong…

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 07 Sep 2020 2.59 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM