Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Op Mabuk 8 Didenda Memandu Dalam Keadaan Mabuk
Kuala Lumpur, 11 Jun 2020 - Akibat memandu di bawah pengaruh alkohol, lapan lelaki masing-masing didenda RM2,200 hingga RM2,400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Puteri Nursheila Rahimi menjatuhkan hukuman itu ke atas lapan lelaki berusia 28 hingga 57 tahun selepas mereka mengaku bersalah memandu kereta di bawah pengaruh alkohol di Jalan Kuchai Lama, Jalan Kepong, Jalan Kerinchi Link dan Jalan Duta Kiara di sini antara jam 10.15 malam dan 12.11 tengah malam, semalam dan hari ini (10 dan 11 Jun).
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 dan boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan serta lesen percubaan dibatalkan.
Bacaan lanjut pada pautan seperti berikut: https://www.bharian.com.my/…/8-didenda-memandu-dalam-keadaa…
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
