Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Lebih 2 800 Individu Belum Jalani Ujian Kedua Covid 19 Bakal Ditahan Didakwa Kpn

Diterbitkan: 25 Jul 2020 7.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 25 Julai - Lebih 2,800 rakyat Malaysia yang masih belum melakukan ujian saringan kedua COVID-19 selepas 13 hari menjalani kuarantin sebaik pulang dari luar negara bakal ditahan dan didakwa, kata Ketua Polis Negara IG Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bador.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-lebih-2-800-individu-belum-jalani-ujian-kedua-covid-19-bakal-ditahan-didakwa-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:23 MYT

Kuala Lumpur, 25 Julai - Lebih 2,800 rakyat Malaysia yang masih belum melakukan ujian saringan kedua COVID-19 selepas 13 hari menjalani kuarantin sebaik pulang dari luar negara bakal ditahan dan didakwa, kata Ketua Polis Negara IG Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata tindakan akan bermula hari ini dengan senarai nama diperoleh daripada Kementerian Kesihatan.

“Mereka akan berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika masih enggan menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua, bermula hari ini.

“Sekiranya mereka yang ditahan ini positif COVID-19, kita akan dakwa mereka selepas pulih. Saya amat tegas mengenai perkara ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat khas Kabinet bersama Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di Putrajaya hari ini.

Menurutnya taklimat mendedahkan punca penularan baharu disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan polis telah diminta meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.

Tan Sri Abdul Hamid turut memberi amaran sama kepada lebih 9,600 rakyat Malaysia yang kini menjalani kuarantin di rumah agar mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

“Kami akan buat pemeriksaan mengejut di rumah mereka bermula hari ini, jangan degil,” katanya.

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 25 Jul 2020 7.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM