Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Jualan Lambang Lambang Negara Atau Tiruan Serupa Adalah Dilarang Kpn

Published: 11 Jul 2020 1.58 PM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Orang ramai tidak boleh menggunakan nama atau lambang ternyata atau tiruan serupa untuk tujuan perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-jualan-lambang-lambang-negara-atau-tiruan-serupa-adalah-dilarang-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:12 MYT

Kuala Lumpur, 11 Julai 2020 - Orang ramai tidak boleh menggunakan nama atau lambang ternyata atau tiruan serupa untuk tujuan perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Katanya mereka yang didapati berbuat demikian boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bercakap kepada Bernama di sini, Tan Sri Abdul Hamid menjelaskan menurut Akta Lambang dan Nama (Pindaan) 2016, lambang ternyata merangkumi jogan, jata dan mohor rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Mohor Besar Persekutuan, Jata Persekutuan, meterai rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, darjah dan lambang kebesaran.

“Pingat, lencana dan bintang kehormatan yang ditetapkan oleh statut Yang di-Pertuan Agong, lambang Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan lambang Bank Negara Malaysia juga termasuk dalam lambang ternyata,” katanya.

Menurutnya polis telah menerima satu laporan berhubung penjualan lambang ternyata secara berleluasa dalam talian pada 1 Julai lepas.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1859479

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 11 Jul 2020 1.58 PMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM