Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Berita Bencana 10 Kawasan Di Gua Musang Dilanda Banjir Kilat

Diterbitkan: 12 Jul 2020 1.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Gua Musang, 12 Julai 2020 - Hujan lebat berterusan mengakibatkan 10 kawasan penempatan dan laluan di Gua Musang, Kelantan dilanda banjir kilat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-berita-bencana-10-kawasan-di-gua-musang-dilanda-banjir-kilat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:14 MYT

Gua Musang, 12 Julai 2020 - Hujan lebat berterusan mengakibatkan 10 kawasan penempatan dan laluan di Gua Musang, Kelantan dilanda banjir kilat.

Sebuah jambatan merentasi Sungai Ketil di Kampung Kerinting ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan apabila dinaiki air sehingga paras 2 meter sejak jam 10 malam Sabtu.

Laluan jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran hentian Gua Musang turut dinaiki air.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin usaha menyelamat giat dilakukan pihak berkuasa apabila terdapat kediaman penduduk ditenggelami air.

Antara kawasan yang terjejas susulan hujan lebat bermula jam 8 malam semalam ialah Kampung Tanah Putih, Kampung Lepan Jaya, Kampung Sungai Kepa, Kampung Batu Papan, Kampung Kerinting, Kampung Baru, Kawasan Perindustrian, Perumahan Mgh, Taman Kesedar Jaya, Paloh 3 dan projek penempatan masyarakat setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera.

Sumber: Astro AWANI

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Berita Bencana 10 Kawasan Di Gua Musang Dilanda Banjir Kilat
ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2020 1.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM