
Artikel
Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Aliran Trafik Lancar Tiada Kesesakan Luar Biasa
Kuala Lumpur, 12 Disember 2020 - Tiada kesesakan luar biasa di kebanyakan lebuh raya utama negara selepas seminggu kerajaan membenarkan pergerakan rentas daera...
Kuala Lumpur, 12 Disember 2020 - Tiada kesesakan luar biasa di kebanyakan lebuh raya utama negara selepas seminggu kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato' Azisman Alias berkata, pemerhatian pihaknya mendapati aliran trafik lancar sejak dua hari lepas dan perkara tersebut dijangka berterusan.
“Kita menjangkakan tiada kesesakan luar biasa di semua lebuh raya dan pemerhatian sejak dua hari lalu mendapati aliran trafik seperti biasa sama ada menuju ke utara, timur atau selatan tanah air,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.
Bagaimanapun, anggotanya tetap berada dalam keadaan bersiap sedia dalam memantau aliran lalu lintas di semua lebuh raya dan juga jalan utama, termasuk jalan persekutuan dan negeri di seluruh negara.
Sumber:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN