Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Aidiladha Dua Juta Kenderaan Dijangka Bergerak Hari Ini Hingga Ahad

Diterbitkan: 29 Jul 2020 1.14 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.22 AM
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato' Azisman Alias berkata susulan itu, seramai 1,450 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal lalu lintas di seluruh negara dalam Op Lancar sepanjang tempoh empat hari berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-aidiladha-dua-juta-kenderaan-dijangka-bergerak-hari-ini-hingga-ahad
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:05 MYT

Kuala Lumpur, 29 Julai 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pergerakan kira-kira dua juta kenderaan mulai hari ini sehingga Ahad ini sempena Hari Raya Aidiladha, Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato' Azisman Alias berkata susulan itu, seramai 1,450 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal lalu lintas di seluruh negara dalam Op Lancar sepanjang tempoh empat hari berkenaan.

Beliau berkata pegawai dan anggota polis akan ditempatkan untuk memantau aliran trafik di kawasan “hot spot" dan lebuh raya yang dikenal pasti akan mengalami kesesakan.

Mengulas mengenai aliran trafik di lebuh raya, Azisman berkata aliran trafik bergerak perlahan menuju pantai timur di Plaza Tol Gombak pada kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

"Terdapat kesesakan berlaku kira-kira enam kilometer di sepanjang jalan berkenaan. Saya ingin menasihatkan kepada semua yang memandu supaya bersabar dan berhati-hati," katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 29 Jul 2020 1.14 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.22 AM