Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan 14 Individu Ditahan Polis Ingkar Pkpp
Kuala Lumpur, 18 Julai 2020 - Seramai 14 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya daripada jumlah itu, seramai tiga individu direman dan 11 individu lagi dikenakan kompaun.
“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuat 62,386 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Selain itu, katanya seramai sembilan warga asing ditahan dalam Operasi Benteng yang diadakan oleh pihak berkuasa dalam usaha mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi pendatang tanpa izin bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.
Dalam operasi itu, 67 sekatan jalan raya telah diadakan dan 43,033 kenderaan diperiksa bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin terutamanya di lorong-lorong tikus.
Bacaan lanjut menerusi pautan: https://www.bernama.com/bm/am/news.php…
Sumber: Bernama
StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
