Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Pkpp Covid 19 Update Hebahan Pelaksanaan Pkpb Dan Pkpp Di Seluruh Negara

Diterbitkan: 16 Mar 2021 1.31 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Berikut adalah negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula dari 19 Mac sehingga 31 Mac 2021, iaitu Kedah kecuali Mukim Kuala Muda dan Kulim, Perak, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan kecuali daerah Seremban, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, Melaka serta Sabah kecuali daerah Nabawan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-update-hebahan-pelaksanaan-pkpb-dan-pkpp-di-seluruh-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:25 MYT
Berikut adalah negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula dari 19 Mac sehingga 31 Mac 2021, iaitu Kedah kecuali Mukim Kuala Muda dan Kulim, Perak, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan kecuali daerah Seremban, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, Melaka serta Sabah kecuali daerah Nabawan.

Manakala negeri Selangor, Johor, Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang pula kekal berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 19 Mac sehingga 31 Mac 2021. Tetapi bagi negeri Sarawak, PKPB hanya akan bermula dari 16 Mac sehingga 29 Mac 2021.

Selain itu, pergerakan rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan. Manakala rentas daerah pula dibenarkan kecuali bagi negeri Sabah dan Sarawak.

ArtikelDiterbitkan 16 Mar 2021 1.31 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM