
#PKPB #PKPP #COVID-19. STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 64,559 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,659 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,027 anggota telah membuat pemantauan di 4,439 pasar raya, restoran (5,714), kilang (2,255), bank (3,809), pejabat kerajaan (1,119) dan penjaja (2,736).
Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,206), tempat ibadah (3,118), tempat riadah (1,850), terminal pengangkutan darat (1,552), terminal pengangkutan air (377) dan terminal pengangkutan udara (138).
Semalam, 92 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 88 dikompaun manakala empat (4) lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tiada penjarakan fizikal (43)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (21)
- Gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (21)
- Tidak memakai pelitup muka (5)
- Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenarn (2)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (7 April 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07042021