
Article
Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 3027a43b28cb
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 61,703 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 61,703 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,338 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,897 anggota telah membuat pemantauan di 4,163 pasar raya, restoran (5,941), kilang (2,185), bank (3,559), pejabat kerajaan (895) dan penjaja (2,648).
Turut dipantau ialah pasar awam / tani (1,696), tempat ibadah (3,089), tempat riadah (1,699).
Semalam, 111 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 101 dikompaun manakala 10 lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Aktiviti pusat hiburan (36)
- Tidak mendaftar masuk premis (19)
- Penjarakan fizikal (12)
- Tidak memakai pelitup muka (8)
- Lain-lain (36)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (12 April 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN